Zapin Hanuman Salor – Sat & Sun – 30 Nov & 1 Dec 2024

The “Hanuman Zapin Workshop” is a unique cultural experience that merges the rich narrative of Hanuman from the Ramayana with the energetic and graceful movements of Zapin, a traditional Malay dance form. This workshop offers participants a chance to explore the intersection of mythological storytelling and dance, drawing inspiration from Hanuman’s heroic adventures and dynamic character.

In this workshop, participants will learn the fundamentals of Zapin’s footwork, hand gestures, and rhythmic patterns, all while embodying the spirit of Hanuman. The movements are choreographed to reflect key episodes from the Ramayana, such as Hanuman’s leap across the ocean to Lanka, his encounter with Ravana, and his unwavering devotion to Rama. By combining storytelling with physical expression, the workshop brings a fresh perspective to both the epic and the traditional dance form.

Ideal for dancers, storytellers, and mythology enthusiasts, the “Hanuman Zapin Workshop” celebrates cultural fusion and creative expression. Participants will gain insight into the significance of both Hanuman’s role in the Ramayana and the cultural roots of Zapin, leaving with a deeper appreciation of how mythology and dance can intersect to create powerful narratives.

Category:

Mohd Hazlami bin Harun, kelahiran Tumpat,Kelantan, berlatar belakang pendidikan dalam bidang seni persembahan dari Akademi Seni Warisan dan Budaya (Aswara), Malaysia. Beliau menerima sijil diploma seni persembahan di sini pada tahun 2009 dan kemudiannya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Persembahan (Tradisional) pada tahun 2015 berfokus kepada tarian tradisional Melayu. Antara pengalaman profesional beliau dalam bidang tarian termasuklah mendidik kumpulan-kumpulan tarian pelbagai lapisan umur dan latar belakang serta menyumbangkan khidmat sebagai sebagai tenaga pengajar tarian Melayu dan Asia Tenggara di Fakulti Kreatif, Teknologi dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Songkhla Rajabhat, Thailand. Beliau secara prolifik giat melibatkan diri dalam bidang persembahan dan juga koreografi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara pengalamannya dalam bidang persembahan termasuklah sebagai penari di 25th World Congress of Architects (Korea Selatan, 2017), Blossom Art Festival Malaysia 2017 dan Malaysia-Thailand@60 A Concert of Harmony (Kuala Lumpur, 2017). Selain berpengalaman sebagai penari, beliau juga giat

menghasilkan koreografi tersendiri. Antaranya koreografi beliau telah diangkat sebagai Johan dalam Festival Tari PJ 2017, memenangi Anugerah Koreografi Terbaik serta Pemenang keseluruhan dalam Pentas Semarak Tari 2018, Naib Johan Pertandingan Ekspresi Tari Selangor 2019, Naib Johan Pertandingan Akhir Festival Zapin Belia Klia 2019 dan Johan Akar Kita Zapin 2022 Peringkat Nusantara.

Di peringkat anatarabangsa pula, hasil koreografi beliau telah dipentaskan di Amalgamation (satu produksi tari Singapura pada tahun 2017 di mana beliau merupakan koreografer jemputan) dan kejayaan beliau memperolehi 5 anugerah emas dan 2 anugerah perak di E’Toiles de Paris (2018) jelas menunjukkan kebolehan dan kepakaran beliau bukan sahaja dalam menghasilkan karya berasaskan tarian tradisional tetapi juga kebolehan beliau memberikan nafas baharu bagi tarian-tarian ini dan mengangkat karya warisan kebangsaan di mata dunia. Bukan sekadar terlibat dalam seni tari, beliau juga mendalami seni persembahan teater tradisional sebagai sebahagian forté beliau. Pengalaman beliau termasuklah berlakon sepentas bersama Rosnan Rahman, pakar Mak Yong, dalam produksi Mak Yong Dewa Indera, Indera Dewa di Galeri Seni Petronas pada tahun 2018 dan menggalas jawatan Pengarah Kreatif bagi Pelancaran Buku Hikayat Fandom 2022.